Yeah yeah! Barang yang Endie order pada 19 April telah pun sampai hari ini 29 April. Itu pun setelah seller tersebut mengconfirmkan order tu pada 21 April. Tengah sedap tidur pagi tadi tiba2 phone bunyi jam 8 lebih macam tu, orang pos office tu suruh datang ambik. Terpaksa la bangun, mandi.
Cuma hairan juga sebab Endie check dalam website pos, barang tu dah sampai 25 April. Lambat tol pos office ni inform. Tapi it's ok la. Janji dah selamat sampai :-) Apa yang ada dalam kotak pos express ni? Hehehehe... Barang yang Endie order tu ialah Gold Slimming Detox Patch. Ah? Tak tahu? Hehehehe. Korang google je mesti jumpa. Detox patch ni kat banyak org jual tapi harganya pun berlainan. Sebelum ni Endie pernah beli dari 1 website. Tapi yang Endie beli ni normal detox patch. Harganya 10 keping RM20. MAHAL!!!! So kali ini Endie beli kat website lelong.com.my. Dia jual 50sen sekeping. So Endie beli 100 keping=RM50 plus RM10 for postage. Rasa murah la berbanding dengan yang Endie beli dulu. 100 keping leh guna 50 hari.
Ada 10 peket kecil. Memang dia padat2 semua masuk dalam kotak pos express ni
Oklah. Sampai sini sahaja post kali ni. Minggu depan endie akan update gambar detox patch ni. Kita tengok macam mana rupa dia bila dah pakai selama 7 hari. Hahaha. Kira nak buat testimonial la ni. Ok bye2.
